Monday, March 22, 2010

Malaysia Junior Premier Elite Golf Circuit 2010 (1st Leg)


Gambar ini diambil semasa perlawanan Golf Under 8 years , malaysia Junior Premier Elite Golf Circuit 2010 (1st Leg)yang berlangsung di Serendah Golf Resort pada tarikh 21 hb Mac 2010, Tengku Muhammad Muzaffar telah memengagi tempat kedua total score 40 untuk 9 hole dan tempat Pertama di menangi oleh Marcus Lim dengan Total Score 38 untuk 9 hole,


> PREMIER ELITE

COMBINED

- Under-Eight: 1. Marcus Lim Pang Chuen (Tentera Udara) 38; 2. Tengku Muzaffar Tengku Masly (Kidz @ Golf) 40; 3. Foo Tee Jui (Seremban International) 46

BOYS’

- Under-12: 1. Chang Ervin (MST Golf) 73; 2. Galven Kendall Green (MST Golf) 75; 3. Sim You Jin (Rahman Putra) 81

- Under-15: 1. Muhammad Asyraf Azman (SSC) 78; 2. Muhammad Asyraf Rosli (SSC) 80; 3. Aaron Cheong (Rahman Putra) 81

- Under-20: 1. Kim Myong Kon (Pro Tour Eagles) 74; 2. Muhammad Al-Warith Damian (Seri Selangor) 76; 3. Ashraf Ahmad Shakil Ahmad (KGNS) 77

GIRLS’

- Under-15: 1. Nur Durriyah Damian (Kundang Lakes) 82; 2. Kelie Kan Kah Yan (MST Golf) 84; 3. Lee Na Ra (MST Golf) 86 (ocb)

- Under-20: 1. Ng Lee Chen (Rahman Putra) 78; 2. Nur Dahiyah Damian (Kundang Lakes) 87; 3. Dian Amani Suhaimee (KGNS) 91

Saturday, March 13, 2010

Driving Range Kuala Lumpur Golf Country Club (KLGCC)



Gambar ini diambil semasa, saya dan Tengku Muhammad Muzaffar pergi ke KLGCC,
Keadaan Driving range ni memang cantik. harga Bola pun tak mahal sangat. yang best dekat situ ada seperti Putting Green, yang mana kita boleh test distance Bola kita.
Jadi apa tunggu lagi pergi la Try.
Dekat sana juga saya nampak ada ramai junior yang belajar atau ambil golf lesson.

Friday, March 12, 2010

Junior Golf Winner Sportexcel Malaysian Tour 2009






Gambar-gambar ini di ambil ketika Penerimaan hadiah Tournament Junior kategori di bawah 8 tahun sepanjang tahun 2009.

Saturday, March 6, 2010

Maybank malaysia Open 2010





gambar di ambil semasa 2nd dan last day, semasa melihat pemain pemain pro golf handalan yang bermain di Maybank Malaysia Open 2010, Ini adalah salah satu pendedahan permainan yang perlu dilihat oleh Junior Golf seperti Tengku Muhammad Muzaffar. Ramai juga Pemain pemain junior Sportexcel yang pergi ke sana ..

Thursday, March 4, 2010

Swing Driver By Junior

Video ni diambil ketika Tengku Muhammad Muzaffar membuat training di Driving Range Batu Pahat..

Wednesday, March 3, 2010

Training Putting (Jan 2010)


putting
Originally uploaded by tengku_masly
Tengku Muhammad Muzaffar (8 thn) Sedang Practice "Putting" Di UPM Golf Club. tak berapa menjadi nampaknya :)

Taiping Golf Resort Amateur Junior Open 2009





Originally uploaded by tengku_masly
Tournament ini berlangsung pada 3,4 Disember 2009, bertempat di Taiping Golf resort. Perak.
Gambar yang diatas adalah pemenang dalam kategori 8 tahun kebawah, dari kiri Hafiz (8thn), Tengku Muhammad Muzaffar(7thn), Adam(8thn), Victor(8thn), Imran(8thn), Marcus(7thn).

-kelab golf ni mempuyai bilik hotel yang boleh disewa-

Training Chipping


chip upm
Originally uploaded by tengku_masly
Video ini dirakam semasa Tengku Muhammad Muzaffar training di "putting green" UPM Golf Club

Tuesday, March 2, 2010

Kids Golf (Tengku Muhammad Muzaffar) going to 4 years



Video diambil Ketika Tengku Muhammad Muzaffar Berumur 3 tahun 6 bulan, masa tengah test driver baru...

Par 3 Junior Tournament by Kidz@Golf 2009



Assalamulaikum..

Ini adalah satu acara Tournament yang dianjurkan dalam bulan Julai 2009 oleh KIDZ@GOLF di mana club yang Tengku Muhammad Muzaffar wakili Sekarang untuk memasuki acara Tournament di Malaysia,

Kelab Kidz@Golf Memang mengutamakan Pembelajaran Golf pada Peringkat kanak-kanak berumur 3 tahun keatas,

Untuk Ibu bapa yang baru hendak memberi pendedahan Awal mengenai Sukan Golf memang baik dihantar ke tempat ni ... Kelab ni memang pandai menguruskan keperluan Junior.

Kidz@Golf ada beroperasi dekat Driving range Seri sinar bedekatan dengan Manjalara Kepong. Kelab ni juga Beroperasi dekat Valencia Golf Club.

-sekian-

Step To Easy Swing (part 1) by Junior Tengku muhammad Muzaffar


Step To Easy Swing ( Part 2) by Tengku Muhammad Muzaffar

Monday, March 1, 2010

Junior Amateur Open Golf Championship 2009



Originally uploaded by tengku_masly
Assalamualaikum..

Tournament ini berlangsung di Clearwater santuatary pada 8 dan 9 Disember 2009 di Perak, Malaysia.

Gambar disebelah adalah Pemenang yang bermain di bawah kategori 8 tahun kebawah (under 8)

Diorang hanya bermain 9 hole selama 2 hari kiraan mata "strok play"

Tempat pertama di menangi oleh Imran Muqri, Kedua Victor, Ketiga Y.M Tengku Muhammad Muzaffar dan Keempat Raj

-sekian-

Pengalaman Menyemai Minat Anak Main Golf




Originally uploaded by tengku_masly
Assalamulaikum..dan salam sejahtera


Dekat sini saya nak cerita kan pengalaman saya Bagaimana anak saya boleh berminat bermain golf,

Semasa dia kecil lebih kurang 2 tahun , saya ada belikan dia mainan kayu golf plastik..so dari situ dia main kayu golf tu, belajar pukul bola...walau pun swing tak betul...tapi tak kisah la...sebab dia budak lagi ..kayu plastik tu bukannya tahan lama ...kalau selalu sangat pukul..kayu tu akan patah , walaupun patah saya belikan lagi yang baru ...sampai la dia besar hingga umur 4 tahun.

bila dia umur 4 tahun, dia dah pandai cakap ....dengar kata pun boleh la ..lepas tu, saya belikan kayu golf yang sebenar tapi untuk junior...

Dekat sini paling penting kayu golf junior yang sesuai...jangan main hentam beli ja ..sebab budak tu tak larat nak angkat kayu tu.

Masa tu saya belikan dia kayu golf sebatang ja ,brand " Us Kids Golf " shaft colour merah dan ada tempat training grip. Jadi mudah la dia nak pegang kayu tu. sesuai dengan ketinggian dia.

Hari pertama saya beli tu ,, saya bawa la dia gi driving range ...tak sangka pula dia boleh pukul bola naik...impress juga la masa tu..pukul boleh hingga 250 biji time tu. nak bagi banyak pun takut pengsan pula . Jadi disebabkan dia ada minat main , bola pun boleh naik... kerapla saya bawa dia gi main driving range. Jadi family saya ada la aktiviti baru hujung minggu, bawa anak main golf ..kalau tak asyik gi shopping complex ja..

Tidak lama lepas tu .....saya bawa dia gi jumpa Pro Golfer (trainer) . Kebanyakan Pro tak nak ajar budak ...susah dia nak faham...tapi ada seorang ni ajar la juga .. Nama Pro Hakim, sekarang ni dia ada kat Puncak Alam.

Benda yang Paling Utama budak kena belajar Tengok bola .dan kaki kena stay kat bawah sebab apa , budak ni selalu tak sabar nak pukul....macam anak saya juga la .. Paling Utama kena ajar budak tu sabar kan diri dia pukul Bola. Nasihat Kedua jangan tinggalkan kepada pro tu ...kita kena ada sekali waktu dia mengajar , sebab kita boleh faham ...nanti kita jadi coach kedua tu...nak ajar balik anak kita ...lama lama kita pun pandai ...Jimat!!!

Selepas dah belajar dengan Pro Golf , saya bawa dia main padang dekat Gutrie Bukit Jelutong , bertujuan tak nak bagi anak saya tu boring, asyik driving range ja ...tak sangka pula dia cepat faham main golf ...kemudian saya beli lagi sebatang driver pulak, brand yang sama shaft merah , sesuai dengan ketinggian dia ..

Jadi sekarang dia masih bermain golf. nasihat dari saya , anak saya boleh main golf...takkan anak orang lain tak boleh pulak ...semua bergantung kepada Ibu bapa .

sekian