Wednesday, December 15, 2010

Berita Harian Online | 130 pemain sertai golf remaja SportExcel

Berita Harian Online | 130 pemain sertai golf remaja SportExcel

130 pemain sertai golf remaja SportExcel
Oleh Adli Shahar
bhsukan@harian.com.my
2010/12/14

LEBIH 130 orang pemain golf remaja dari seluruh dunia akan menyertai Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa SportExcel dan Pusingan Akhir Golf Remaja SportExcel Malaysia 2010 anjuran Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia (SportExcel) dengan kerjasama Kumpulan AmBank bermula hari ini hingga 16 Disember.

Pengarah Kumpulan Hal Ehwal Awam AmBank, Syed Anuar Syed Ali berkata AmBAnk berbesar hati dapat bertindak sebagai penaja kepada kejohanan berkenaan sejak lima edisi lalu yang akan diadakan di Kelab Rahman Putra Malaysia.
“Sebagai penyokong pembangunan sukan golf di negara ini, Kumpulan AmBank percaya kedua-dua kejohanan ini akan memberi pendedahan kepada pemain golf remaja bagi membolehkan mereka mencapai peringkat lebih tinggi pada masa depan,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan cek bernilai RM26,860 kepada SportExcel, semalam.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif SportExcel, Teng Mui Ngee dan pemain golf remaja tempatan yang akan menyertai pertandingan berkenaan.

Teng berkata lebih pemain dari Thailand, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, dan Jepun akan menyertai dan memberi cabaran kepada peserta tempatan dalam kejohanan antarabangsa berkenaan.

“Saya berharap kejohanan seperti ini dapat diteruskan serta diadakan dengan lebih kerap kerana jika diperhatikan, kesemua pemain golf peringkat kebangsaan seperti Kenneth De-Silva, dan Chan Tuck Soon bermula dalam kejohanan yang dianjurkan SportExcel,” katanya.

Teng juga melahirkan rasa terima kasih kepada ibu bapa yang memberi sokongan kepada anak mereka untuk bergiat dalam sukan golf kerana kejohanan ini pasti tidak dapat dianjurkan tanpa sokongan mereka.

No comments:

Post a Comment