Thursday, February 24, 2011

Penubuhan Akademi Kemahiran Belia Golf 2011



KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Penubuhan Akademi Kemahiran Belia Golf 2011
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama-sama dengan Persatuan Golf
Malaysia (MGA), Persatuan Pengurus Kelab Golf (GCMAM), Persatuan Keddi,
Persatuan Penguasa Padang golf (GCSAM) dan Persatuan Golf Profesional
Malaysia (MPGA) telah merancang untuk menubuhkan sebuah Akademi
Kemahiran Belia Golf pada tahun ini.
Konsep pelaksanaan akademi ini adalah untuk memberikan latihan teori dan
amali dalam latihan bidang teknikal dalam melatih bakat-bakat baru ke
arah melahirkan pemain-pemain golf professional.
Objektif penubuhan akademi ini adalah untuk mengeluarkan tenaga kerja
pakar yang diiktiraf dalam bidang pekerjaan yang menjurus kepada industri
golf dan melahirkan ahli sukan yang berpotensi serta menarik minat belia
untuk bergiat aktif dalam sukan.
Akademi ini akan bekerjasama dengan Kelab Golf Perkhidmatan Awam,
Bukit Kiara yang telah dilengkapi dengan kemudahan fasiliti seperti padang
dan kelengkapan latihan.
Antara kriteria yang diperlukan dalam memilih 20 orang pelajar bagi setiap
kursus ialah belia yang berumur dari 7 hingga 30 tahun dan terbuka kepada
warganegara Malaysia tanpa sebarang syarat kelayakan akademik.
Konsep latihan akan dijalankan secara sepenuh masa dan akan dijalankan
selama 6 bulan bagi setiap tahap. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang
memilih kursus sukan (pilihan 1) hanya akan diadakan pada setiap cuti
persekolahan.
Penubuhan akademi ini amat bersesuaian dengan hasrat dan misi nasional
bagi meningkatkan rakyat berpendapatan tinggi serta negara yang
beorientasikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan.
Sumber: Kementerian Belia dan Sukan
YOSRI BIN ABU MAHSIN
Pegawai Perhubungan Awam
Kementerian Belia dan Sukan
Malaysia
8871 3405/012 3636910
yosri@kbs.gov.my


Link :http://www.kbs.gov.my/dokumen2011/penubuhan%20akademi%20kemahiran%20belia%20golf%202011.pdf

No comments:

Post a Comment